Ahli Parlimen BN baru tersedar GST bebankan rakyat

Tuesday

SEORANG Ahli Parlimen Barisan Nasional, Jumat Idris bagaikan baru tersentak daripada tidur selepas menyedari bahawa Cukai Barang dan Perkhidmatan, GST memang membebankan rakyat.

Itu pun selepas beliau sendiri terpaksa membayar dua kali cukai GST untuk khidmat nasihat dan perubatan ketika menghantar anaknya ke hospital bagi mendapatkan rawatan saraf dan tulang belakang.

Dalam tulisannya di facebook, beliau mendakwa terpaksa membayar RM5,000 dalam sehari untuk cukai GST tidak termasuk bil-bil yang lain.


Ahli Parlimen Barisan Nasional, BN yang menerima gaji RM16,000 sebulan pun rasa terbeban dengan cukai GST. Namun machai penyokong Barang Naik, yang gaji tak sampai RM2,000 sebulan sanggup bermati-matian sokong cukai GST.

Gara-gara 46% machai menggunakan tangan-tangan mereka untuk mengundi parti Barang Naik, BN pada pilihanraya Umum ke 13 tempoh hari, kita semua ditindas oleh cukai Rakus GST!

Pemimpin zalim dan bodoh hasil dari tangan-tangan yang bersambung dan dikawal oleh otak-otak lembab dan bodoh. Bala yang menimpa kita ini berpunca dari tangan-tangan si bodoh!


"Benih machai tidak patut dibiarkan membiak!"



Jangan lupa!  
Tandatangan dan sebarkan!

Petisyen bantah Cukai Rakus!
Sila klik laman web — bantahgst.com 
Bantah Cukai Rakus! #BantahGST

Baca Artikel ini | Comments

Projek 'elektrik percuma' untuk rakyat Sarawak — bahagian 2

BAHAGIAN pertama lawatan kami untuk melihat sendiri projek 'elektrik percuma'‎ yang diusahakan KEADILAN di Sarawak boleh dilihat dalam artikel sebelum ini, sila klik — elektrik percuma

Selepas menempuh perjalanan mencabar melalui 'jalan balak' selama lebih sejam dengan pacuan 4 roda, kami tiba di Kampung Long Resina yang terletak dalam daerah Lawas.‎ Penduduk di sini mendapatkan bekalan elektrik daripada 'generator' bagi menerangi kegelapan malam.

Kami dimaklumkan oleh penduduk tempatan bahawa, buat masa ini, setiap rumah di sini jika memiliki 'generator' terpaksa membelanjakan ‎sejumlah RM300 hingga RM500 sebulan kos bahan api untuk mendapatkan bekalan elektrik. Ditambah dengan kos pengangkutan yang tinggi untuk membeli bahan api di pekan Lawas.

Jelas kos ini terlalu mahal untuk ditanggung oleh penduduk kawasan pedalaman‎ yang hampir tiada pendapatan tetap. Malah bukan semua penduduk mampu untuk membeli sendiri 'generator' bagi menjana tenaga elektrik.

Oleh yang demikian, semasa lawatan kami, KEADILAN Sarawak sedang membina satu 'hidro mini' bagi ‎meringankan beban penduduk di Kampung Long Resina. 

Ketika tibanya kami di sana, kami dapat lihat bagaimana penduduk tempatan bergotong-royong memasang bahan-bahan binaan yang dibekalkan oleh KEADILAN untuk membina 'mini hidro' di kawasan mereka.

Mereka menyambungkan saluran paip bagi membolehkan sumber air sungai berhampiran disalurkan kepada 'turbin'. Satu demi satu saluran paip disambung, merentasi hutan dan belukar dari sungai sehingga ke lokasi turbin tempat di mana penjanaan elektrik dilakukan.

Ahli Parlimen KEADILAN Bayan Baru, YB Sim Tze Tzin sempat bergambar dengan sambungan paip yang sedang dipasang oleh penduduk kampung secara bergotong-royong.


Bersambung...

Jangan lupa tandatangan petisyen #BantahGST 
Sila klik laman web — bantahgst.com

GST — Golongan Susah Tertindas 
Bantah Cukai Rakus! #BantahGST!

Baca Artikel ini | Comments

Mata pelajaran 'Minda Mahathir' indoktrinasi yang memakan diri

Monday

MINDA Mahathir merupakan satu mata pelajaran wajib di Universiti ‎Teknologi Mara, UiTM satu masa dahulu. Aku tak pasti sama ada para pelajar UiTM hari ini masih diwajibkan mengambil subjek itu.


Subjek ini diwajibkan di universiti bukan untuk mengajar pelajar berfikir seperti Mahathir, apa lagi untuk mendidik pelajar menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sebaliknya, ia diwajibkan di universiti supaya para pelajar ini percaya Mahathir seorang pemimpin hebat, pemikir ulung, ‎malah seorang lagenda.

Tujuan ia diajarkan supaya para pelajar ini semua nanti keluar ke alam lepasan universiti sebagai golongan-golongan yang mengagumi ‎Mahathir. Mereka ini pula nanti akan mengajak orang-orang lain supaya mengagumi Mahathir seperti mereka.

Ini hanyalah sebahagian daripada banyak lagi strategi jentera propaganda yang dibina untuk menjalankan proses indoktrinasi agar rakyat mengagumi dan mengagungkan Mahathir.

‎Jelas tujuan indoktrinasi jenis ini pada asalnya untuk kebaikan parti pemerintah, Barisan Nasional mengekalkan kuasa. Di mana golongan yang sudah di 'brain washed' ini bukan sahaja akan kekal menyokong BN, malah mengajak orang lain menyokong BN.

Namun hari ini, ia nampaknya telah bertukar kepada apa yang dikatakan, ‎'senjata makan tuan' apabila orang yang dijadikan 'idol' untuk dikagumi itu telah menggunakan pengaruhnya yang dibina oleh pemerintah untuk menjatuhkan mana-mana pemimpin BN yang tidak disukainya.

‎Pelaburan besar telah dibuat berpuluh tahun, agar rakyat mengagumi Mahathir, kini pelaburan lebih‎ besar perlu dibuat oleh kepimpinan Najib Tun Razak agar para pengkagum Mahathir ini dapat ditawarkan dan otak-otak mereka boleh kembali berfikir seperti mana ia patut berfikir.



Baca Artikel ini | Comments

Mana utama, Jet mewah atau kesihatan rakyat? — Nurul Izzah

Saturday

SEMENTARA kerajaan gah berbelanja membeli jet mewah untuk kegunaan Perdana Menteri dengan harga RM465 juta, tidak termasuk kos ubah suai sebanyak RM28 juta, kita dikejutkan dengan laporan pemotongan belanjawan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebanyak RM120 juta.

The Malaysia Insider melaporkan kebimbangan beberapa orang doktor dengan pengurangan bajet dari RM510 juta tahun lepas kepada RM387 juta pada tahun ini. Pengurangan bajet ini dijangka akan memberi kesan kepada kualiti pengajaran dan pembelajaran doktor-doktor pelatih yang berkhidmat di Pusat Perubatan tersebut.

Kebimbangan ini juga dikongsi oleh pesakit-pesakit, adanya dilaporkan telah menerima bil hospital setelah sebelum itu dikecualikan daripada membuat bayaran. Laporan itu juga menyebut pesakit tidak lagi mengunjungi hospital untuk mendapatkan ubat, kerana bimbang terpaksa membuat bayaran yang tinggi di hospital tersebut.

Saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kerajaan yang mengurangkan belanjawan bagi salah satu perkhidmatan yang paling penting di dalam negara. Dimanakah keutamaan kerajaan? Persoalan yang menghantui rakyat pada ketika ini dengan kenaikan kos sara hidup pada ketika ini ialah apakah kerajaan lebih mementingkan kemewahan pemimpin berbanding dengan kualiti hidup rakyat? Jelas dengan tindakan ini, slogan Rakyat Diutamakan yang sering dicanang oleh kerajaan Barisan Nasional hanyalah mimpi sahaja.

Tambahan pula, rakyat semakin terhimpit dengan kenaikan harga ubat, terutamanya selepas pengenalan GST. Harga ubat yang telah meningkat antara 20 ke 30 peratus pada tahun lepas diramalkan akan terus meningkat pada tahun ini. Tambahan, cuma lebih kurang 320 sebatian kimia (dalam 4200 jenama ubat) yang dikadarkan sifar, sepertimana yang tersenarai dalam  Senarai Ubatan Penting Kebangsaan (NEML).

PPUM adalah sebuah hospital yang amat penting sekali, terutamanya kepada warga berpendapatan rendah di sekitar Lembah Pantai. Pemotongan belanjawan ini sudah tentu akan menyebabkan perkhidmatan kesihatan yang diterima oleh penduduk kawasan parlimen saya terjejas teruk. 

Seterusnya, PPUM yang merupakan sebuah hospital pengajaran. Pengurangan belanjawan ini memungkinkan kesan negatif berganda dikalangan pengamal perubatan masa hadapan, disebabkan latihan yang tidak mencukupi. Pada masa ini ada keperluan untuk menyelaraskan keperluan hospital-hospital pengajaran dibawah seliaan Kementerian Pendidikan, dengan hospital-hospital lain dibawah seliaan Kementerian Kesihatan.

Justeru, saya menggesa kerajaan agar membetulkan keutamaan mereka. Tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat tidak boleh disalahgunakan untuk kemewahan pemimpin sahaja. 

Penjagaan kesihatan adalah hak semua, bukan untuk golongan mahakaya sahaja.

NURUL IZZAH ANWAR
AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI
NAIB PRESIDEN DAN PENGARAH PILIHAN RAYA KEADILAN
Baca Artikel ini | Comments

Rani Kulup mesyuarat apa dengan Ahmad Maslan?

‎"APA Rani Kulup buat dalam bilik mesyuarat dengan Ahmad Maslan?" barangkali itulah soalan pertama bermain di minda kebanyakan orang berikutan tersebarnya gambar ini di media sosial terutama Facebook dan Twitter sejak semalam.

Rani Kulup tentu sudah tidak asing lagi di kalangan 'netizen' — seorang lelaki berperwatakan ganjil, sering muncul memakai 'uniform' ala kakitangan penjara‎ dan tak pernah lekang dengan cermin mata hitam walaupun di dalam gua yang gelap gelita.

Rani Kulup sangat sinonim dengan 'report polis'. Dia Sering kali dilihat membuat laporan polis tentang pelbagai isu. Malah sering kali jadi bahan lawak jenaka pengguna internet berikutan kelakuannya yang suka buat 'report polis' itu.

Ahmad Maslan pula seorang menteri yang sangat sinonim dengan cukai GST —  gemar mengeluarkan kenyataan bodoh dan menyakitkan hati rakyat Malaysia, terutama berhubung cukai GST tersebut.

‎Persoalannya, apakah kaitan mereka berdua sehingga boleh bertemu dalam satu bilik mesyuarat seolah-olah membincangkan perkara serius?

Aku syak semua kenyataan bodoh dan menyakitkan hati oleh Ahmad Maslan sebelum ini adalah hasil nasihat Rani Kulup!
Baca Artikel ini | Comments

Duit cukai GST dipulangkan kepada rakyat melalui BR1M?

Thursday

‎‎BORAK dengan sahabat penyokong Barang Naik merangkap penyokong cukai GST.

Aku tanya dia, minta dia bagi satu sebab kenapa dia sokong GST?

Kata dia, GST bagus kerana dari duit GST itulah kerajaan akan bagi duit BR1M untuk ringankan beban rakyat.

Rupanya dalam kalangan kawan aku ni, ada juga yang terpengaruh dengan Ahmad Maslan!

Di sini aku nak bagitau, anggaran hasil pendapatan cukai GST seperti yang diberitahu oleh menteri, ialah RM27 Billion setahun.

Bermakna, anggaran purata setiap rakyat Malaysia (27 juta orang) kena bayar RM1,000 setiap tahun.

Jika keluarga kamu 5 orang, SETIAP ORANG ahli keluarga kamu kena bayar RM1,000 setiap tahun atau dalam bahasa lain, keluarga kamu kena bayar RM5,000 setiap tahun.

BR1M yang diberikan oleh kerajaan Barang Naik pula ialah RM600 setahun untuk satu keluarga, BUKAN SETIAP ORANG. Malah TIDAK SEMUA keluarga di Malaysia dapat BR1M!

Bayar RM5,000 cukai GST, dapat RM600 BR1M, bijak ke bodoh?

Itu kalau keluarga kamu 5 orang, kalau keluarga kamu 7 orang, kamu bayar RM7,000 setahun (8 orang = RM8,000, 9 orang = RM9,000, 10 orang = RM10,000 dan seterusnya), duit BR1M keluarga kamu tetap RM600 setahun.

Mahu jadi bijak atau bodoh?
Pilihan di tangan kamu...
Baca Artikel ini | Comments

Projek 'elektrik percuma' untuk rakyat Sarawak — bahagian 1

Wednesday

LEBIH 50 tahun memerintah, kerajaan Barisan Nasional Sarawak gagal menyediakan salah satu kemudahan asas iaitu 'bekalan elektrik' kepada sebahagian besar penduduknya, terutama di kawasan pedalaman. 

Meskipun berulang kali didesak, suara rakyat pedalaman tidak dipedulikan oleh pemerintah. Buktinya, selepas 50 tahun, mereka masih tidak dapat menikmati bekalan elektrik yang sempurna seperti kita di semenanjung. Jika ada pun, mereka terpaksa menggunakan 'generator' yang menelan belanja bahan api terlalu mahal setiap bulan.

Sudahlah kebanyakan penduduk kawasan pedalaman terdiri daripada golongan berpendapatan rendah, terpaksa pula membayar kos bahan api yang mahal setiap bulan. Tambah lagi, ramai yang tidak mampu membeli 'gen set' untuk keperluan elektrik mereka.

Kita tiada pilihan, keperluan asas rakyat Sarawak melangkaui sempadan politik. Justeru itu, KEADILAN telah mengambil inisiatif sejak lebih setahun yang lalu untuk menyelesaikan masaalah ini.

Kelmarin aku berpeluang melihat sendiri projek 'mini hidro' yang diusahakan‎ oleh KEADILAN dengan bantuan beberapa NGO dan gotong-royong orang kampung di Lawas, Sarawak bagi menyediakan 'elektrik percuma' kepada penduduk di kawasan pedalaman.

Bertolak pada jam 7:40 pagi dari bandar Miri, Sarawak‎ aku bersama Ahli Parlimen KEADILAN Bayan Baru, YB Sim Tze Zin dan dua orang lagi, menaiki pesawat kecil MasWing tiba di Lapangan Terbang Lawas selepas melalui 40 minit jangka masa penerbangan.

Dari pekan Lawas kami menaiki ‎pacuan 4 roda melalui 'jalan balak' selama lebih 8 jam (termasuk berhenti rehat dan sebagainya) untuk melawat 3 lokasi 'mini hydro' yang membekalkan elektrik percuma kepada penduduk setempat. 

Dari Pejabat Khidmat Masyarakat KEADILAN, yang dikelola oleh YB Baru Bian, di pekan Lawas, kami bertolak pada jam 10:10 pagi‎ membawa sebuah 'turbin mini' yang akan dipasang sebagai jentera janakuasa untuk mengubah tenaga graviti dan kinetik aliran air kepada kuasa elektrik percuma untuk kegunaan penduduk kampung.


Dalam perjalanan, kami sempat singgah di sebuah bengkel di mana turbin 'mini hidro' ini dihasilkan. Ia merupakan rekaan saudara John Ah Yong yang berasal dari Pulau Pinang. Tanpa ijazah atau diploma kejuruteraan, ternyata Ah Yong seorang yang berbakat di dalam mereka bentuk, seterusnya menghasilkan turbin janakuasa tersebut.

Kami meneruskan perjalanan, merentasi 'jalan balak'‎ yang berdebu di mana majoritinya cuma dilalui oleh kenderaan pacuan 4 roda dan lori balak yang sarat dengan muatan kayu balak, yang berulang-alik setiap hari.

Jalan berdebu ini ada undang-undang tersendiri, selain memerlukan kecekapan yang tinggi di dalam mengendalikan kende‎raan, perlu juga faham undang-undang di situ yang berbeza dengan peraturan JPJ di jalanraya biasa. 

Ada kala kami perlu memandu di bahagian kanan jalan, ada kala perlu memandu di sisi kiri jalan. Ada papan tanda 'arrow' sebagai panduan sama ada perlu memandu di kanan atau kiri di sepanjang perjalanan melalui 'jalan balak' ini. Jika gagal mematuhinya, ia boleh membahayakan kami.‎


Menurut pemandu yang membawa kami, 'jalan balak' yang kami lalui ini sudah banyak memakan korban nyawa manusia. Antaranya, pemandu lori balak yang sering terlibat dalam kemalangan, pemandu pacuan 4 roda yang terjatuh ke dalam gaung dan sebagainya.

Ramai juga pengguna 'jalan balak' ini yang terlibat dalam kemalangan maut gara-gara tidak faham dengan peraturan lalu lintas di sini. 

Kesilapan mengikut panduan 'arrow' boleh menyebabkan sama ada bertembung dengan kenderaan lain terutama dalam keadaan berdebu yang teruk, ataupun dilibas kayu balak yang dibawa oleh lori-lori ketika mengambil selekoh. 

Boleh dikatakan semua lori balak yang aku jumpa membawa lebih muatan. Kayu balak yang dibawa biasanya tertonjol keluar dari gerabak lori.
Inilah satu-satunya ‎jalan yang menghubungkan penduduk kampung dengan dunia luar. Mereka terpaksa berdepan dengan jalan yang sukar dilalui, ada kala menjadi jalan yang sangat teruk 'extreme' apabila hujan turun.

Masih terngiang-ngiang sepotong ayat yang diucapkan oleh salah seorang penduduk tempatan:

"Government encourage rural people to die" (Kerajaan menggalakkan orang pedalaman supaya mati).

Oh ya, kawasan pedalaman yang kami lawati ini, majoriti penduduknya adalah kaum Lun Bawang. Majoriti bangsa Lun Bawang yang aku jumpa, boleh bertutur dengan baik dalam bahasa Inggeris...

Bersambung...


Baca Artikel ini | Comments

Sirul teraniaya, saya perlu tolong — Tun Mahathir

Sunday

MANTAN Perdana Menteri Malaysia yang paling lama berkuasa, Tun Mahathir meneruskan serangannya terhadap Najib Tun Razak menggunakan isu Altantuya. ‎

Kali ini beliau dilaporkan sebagai berkata, anggota Polis yang dijatuhkan hukuman mati atas tuduhan membunuh Altantuya, Sirul Azhar telah teraniaya maka beliau (Mahathir) perlu menolongnya.


‎Bagi aku, apa sahaja yang keluar dari mulut Tun Mahathir pada waktu ini tiada lain melainkan peluru-peluru yang disediakan untuk memburukkan bagi tujuan menjatuhkan Perdana Menteri, Najib Tun Razak.

Isu yang ditimbulkan oleh Tun Mahathir tentang siapa arah bunuh Altantuya contohnya, ia susah dipersoalkan berulang kali selama bertahun-tahun sejak dari awal oleh pihak Pakatan Rakyat. ‎Namun Mahathir tak pernah peduli dengan persoalan itu dari dulu.

Apabila sudah sampai masa Tun Mahathir rasa nak jatuhkan Najib, barulah dia peduli dengan persoalan-persoalan motif pembunuhan tersebut dan lain-lain. 

Ini menggambarkan, Mahathir akan guna apa sahaja isu untuk menjatuhkan Najib. Kenapa Mahathir bersungguh-sungguh nak jatuhkan Najib?

Bagi aku jawapannya mudah:

"Mukhriz Mahathir to be Prime Minister before 2020"




Baca Artikel ini | Comments

Tidak percaya Najib bermakna tidak percaya Allah kata Ismail Sabri

MENTERI Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Ismail Sabri Yaacob dilapor mengaitkan sumpah yang dibuat oleh Najib sebagai sama tahap dengan keimanan (kepercayaan) kepada Allah.

Sebuah gambar keratan akhbar berhubung perkara itu‎ tersebar dengan meluasnya di laman sosial seperti facebook dan twitter.

Begitu mudah menteri ini membuat kesimpulan sekiranya orang ramai tidak percaya kepada sumpah yang dibuat oleh Najib, bermakna orang itu tidak percaya kepada Allah. Dalam bahasa ringkasnya, tidak percaya Najib, bermakna tidak percaya Allah.

Sumpah seseorang bergantung kepada taqwanya  kepada Allah, jika seseorang itu tiada taqwa (takut) kepada Allah bila-bila sahaja dia boleh melakukan sumpah palsu meskipun menyebut nama Allah di dalam sumpahnya. Sedangkan nilai taqwa setiap orang hanya Allah yang ‎mengetahuinya.

Tambah lagi, Al-Quran sendiri telah menegas serta menggariskan bahawa suka bersumpah merupakan ciri orang munafik.


Mereka itu (orang-orang munafik) menjadikan sumpah sebagai topeng (perisai), lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang telah mereka kerjakan‎ — Surah Al-Munafiqun ayat 2.

‎"Ini namanya jual agama demi sokongan politik"






Jangan lupa!

Tandatangan petisyen bantahan terhadap cukai GST di  bantahgst.com ‎sebarkan!

Bantah Cukai RAKUS! #BantahGST!

Baca Artikel ini | Comments

Lagi kenyataan bodoh oleh Ahmad Maslan!

Friday

RASANYA tak perlu diperkenalkan lagi kerana semua orang dah kenal dengan Dato Ahmad Maslan‎, seorang menteri Barang Naik yang suka keluarkan kenyataan-kenyataan bodoh agar dimaki hamun dan digelakkan secara beramai-ramai oleh rakyat Malaysia.

Terbaru Ahmad Maslan memuat naik gambar promosi turun harga selama dua hari (10 April — 12 April) oleh pasaraya Giant di salah sebuah akhbar‎ melalui akaun twitter miliknya.

Kita sedia maklum Pasaraya Giant memang dari dulu kerap melakukan promosi turun harga sebagai salah satu strategi pemasaran mereka.‎ Apa yang melucukan, strategi pemasaran ini ditafsirkan oleh Ahmad Maslan sebagai penurunan harga kerana perlaksanaan cukai GST oleh kerajaan Barang Naik. 

Kalaulah Ahmad Maslan tahu Mak Cik Kiah baru sahaja beri diskaun harga 'tupperware' kepada anak saudaranya petang semalam, tentu dia akan kata harga 'tupperware' Mak Cik Kiah turun kerana kebaikan GST.



"Apa yang jelas kerana GST, harga diri Ahmad Maslan turun"



‎Jangan Lupa!

GST — Golongan Susah Tertindas 
Bantah Cukai RAKUS! #BantahGST! 

Jom sign petisyen Rakyat dan luahkan kemarahan anda di laman web bantahgst.com‎ (sila klik) dan sebarkan!
Baca Artikel ini | Comments

Video

Artikel popular minggu ini

 
Hubungi : Facebook | Twitter
Copyright © 2012. MiLo SuaM - Peringatan! Jangan percaya bulat-bulat info daripada blog ini. Gunakan akal fikiran anda!
Template modified from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger